Tuesday, October 6, 2009

Ukuran Baju



Khas untuk pelanggan setia fesyen raas yang berada di mana-mana yang mungkin terlupa atau tidak dapat datang untuk mengukur baju mereka, bolehlah memberikan ukuran baju Melayu contoh mengikut format yang kami sertakan didalam blog ini.

Semua ukuran adalah dalam inci

A. ukuran dari jahitan bahu ke bahu
B.ukuran keliling leher
C.ukuran dari jahitan tegak bahu ke hujung lengan
D.ukuran keliling ketiak baju
E.ukuran keliling hujung lengan baju
F.ukuran dari bahu ke hujung labuh baju
G.ukuran keliling bahagian dada baju
H.ukuran keliling pinggang seluar
I.ukuran keliling ponggong seluar
J. Ukuran dari pinggang seluar ke hujung kaki seluar
K. Ukuran panjang cawuk seluar-dari belakang pinggang ke depan pinggang
L.ukuran keliling hujung kaki seluar


untuk tambahan:

sila nyatakan juga seperti pinggang seluar bergetah dibelakang, atau bergetah sepenuhnya.
sila hantar kan ukuran tersebut ke alamat e-mail: raasfesyen@gmail.com

segala urusan pembayaran boleh juga dilakukan secara online ke

syarikat pengurusan fesyen raas. 01041010038001
iaitu LIMTECH Enterprise."specialist in IT"

Monday, October 5, 2009

Skirting.


syarikat kami juga ada menyediakan tempahan untuk menjahit skirting untuk andaman dan majlis perkahwinan serta juga bagi tujuan persendirian.

Monday, September 7, 2009

Baju kurung wanita dengan jahitan mata lalat


Salah satu diantara baju tradisional orang Melayu adalah baju kurung berpesak dengan jahitan mata lalat di leher. baju yang kebiasaannya di pakai oleh wanita Melayu johor dan Jawa. Terdapat dua jenis jahitan mata lalat iaitu dengan 3 pusingan dan satu lagi adalah dengan jahitan empat pusingan. Gambar di atas menunjukkan jahitan mata lalat dengan 3 pusingan. Untuk temapahan baju kurung berpesak dengan jahitan mata lalat boleh hubungi kami.

Tuesday, August 18, 2009

Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Kurung Johor Teluk Belanga merupakan salah satu warisan dari negeri Johor yang mengekalkan tradisi penggunaan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu Islam. Baju tersebut menjadi pakaian rasmi kerajaan negeri Johor pada setiap hari Jumaat. Kami menyediakan pakej menjual pakaian tersebut dan juga mengambil tempahan bagi jahitan teluk belanga.

Kain yang biasanya digunakan untuk membuat baju Melayu Kurung Johor adalah dari jenis kain yang tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembut. Ini kerana pemilihan fabrik yang salah boleh menyebabkan jahitan teluk belanga di sekitar leher menjadi tidak cantik. Kebiasaannya kain yang di gunakan untuk membuat baju Melayu kurung Johor ini adalah dari jenis kain sofy atau satin yang berjenis tebal dan tidak mudah koyak.

Untuk tempahan boleh menelefon 07-5541355 dan berurusan dengan Rahidah binti Hamzal sebagai pengurus Fesyen Raas atau Airuz Sazura : koordinator IT.