Tuesday, August 18, 2009

Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Kurung Johor Teluk Belanga merupakan salah satu warisan dari negeri Johor yang mengekalkan tradisi penggunaan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu Islam. Baju tersebut menjadi pakaian rasmi kerajaan negeri Johor pada setiap hari Jumaat. Kami menyediakan pakej menjual pakaian tersebut dan juga mengambil tempahan bagi jahitan teluk belanga.

Kain yang biasanya digunakan untuk membuat baju Melayu Kurung Johor adalah dari jenis kain yang tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembut. Ini kerana pemilihan fabrik yang salah boleh menyebabkan jahitan teluk belanga di sekitar leher menjadi tidak cantik. Kebiasaannya kain yang di gunakan untuk membuat baju Melayu kurung Johor ini adalah dari jenis kain sofy atau satin yang berjenis tebal dan tidak mudah koyak.

Untuk tempahan boleh menelefon 07-5541355 dan berurusan dengan Rahidah binti Hamzal sebagai pengurus Fesyen Raas atau Airuz Sazura : koordinator IT.

No comments:

Post a Comment